Thursday, October 30, 2008

2008 Yang Pergi Tak Kembali

Hari ini telah masuk 1 zulkaedah 1429H.Masa berlalu terasa pantas meninggalkan kita.Kehadiran ramadhan bertukar kepada syawal kini kepada zulkaedah dan sebulan lagi kita akan menemui zulhijjah.musim haji yang terletaknya rukun Islam Ke-5 untuk di tunaikan.Tahniah kepada semua bakal-bakal haji&hajjah yang akan terbang ke kota suci Mekkah bagi menyempurnakan ibadah kepada Allah.Moga ibadahnya diterima menjadi haji mabrur...amin.

Dua bulan juga lagi 2008 akan di lalui.Moga Allah memanjangkan usia hingga ke penghujung 2008 dan menemui 2009.Catatan perjalanan 2008 yang banyak mematangkan dengan kemanisan dan kepahitan yang datang sebagai ujian dariNYA.Masa ibarat sebutir permata yang berlalu maka beruntunglah hamba-hamba Allah yang benar-benar memanfaatkan masa.

Firman Allah SWT:
"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"[Surah Al-'Asr 103:1-3]

Pelbagai kenangan dilalui dan akan di kenang sepanjang hayat dan ada juga yang ingin di buang jauh dari kehidupan.Pelbagai berita dan situasi yang dilalui moga mamatangkan diri untuk terus berdiri dan berjuang demi agama Allah SWT.Berita kelahiran dan kematian datang juga umpama rutin harian.Tahniah bagi yang menerima cahaya mata semoga menjadi penghibur hati penawar jiwa ayahnda dan bonda dan menjadi mujahid dan mujahidah agama.





Bagi yang menerima berita kematian takhziah.Tabahlah menghadapi kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.Sesungguhnya kematain itu adalah suatu yang pasti dan akan di lalui oleh setiap makhluk yang hidup cuma cara yang membezakan.Al-Fatihah buat yang kembali kerahmatullah.

Menyingkap kembali diari 2008 yang merakamkan pelbagai agenda dan situasi yang memberi makna terbesar buat diri sehinggakan lafaz syukur yang tidak henti atas anugerah dariNYA.

Januari 2008
-Menyambut kehadiran 2008 dan di sertakan dengan pertukaran kalendar hijrah 1429 maka terjangkau lagilah setahun usia pertukaran masa yang benar-benar pantas berlalu pergi tanpa menanti sesiapa pun.Kehadiran Januari/Muharram ini juga disambut dengan kerja yang membawa diri terbang ke bumi kenyalang atas urusan majlis festival tahunan Nestle Ice Cream.Majlis yang tidak seberapa(sebelum pemergian).Pada awalnya memang hati tidak teringin mahu pergi kerana takut akan perkara-perkara yang mendekatkan fitnah bertandang namun di gagahi juga dengan perasangka baik.Mungkin ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan.Ternyata benar.Di majlis ini jugalah ukhuwah terbina lagi bersama insan yang hadir dari merata Sabah dan Sarawak.Indah sungguh perangcangan Allah.Tiada siapa yang tahu.

Februari-April 2008
-Rasanya sepanjang tiga bulan ini.Kehidupan berjalan seperti biasa sebagai hamba padaNYA, sebagai pekerja kepada syarikat, sebagai anak kepada ayahnda dan bonda, adik kepada kakak dan abang, dan kakak kepada adik-adik serta sahabat kepada semua rakan taulan.Juga tidak lupa sebagai khalifah muka bumi dan mujahidah kepada agama yang tercinta, Islam.Walaupun adakalanya diri teruji dengan ujian dalam menunaikan tanggungjawab yang tergalas di bahu namun hati capat memainkan peranan mendatangkan sangka baik kepada takdir Allah maka mulut juga dengan segeranya beristigfar memohon dosa khilaf di ampunkan.Ya bukan mudah mahu menjadi pejuang apatah lagi yang diperjuangkan itu adalah sesuatu yang besar bukan saja di mata manusia tapi pada Allah SWT.Bak kata Ustazah Noordianah "Jangan impikan tidur yang lena andai ingin menempatkan diri sebagai pejuang agama"(begitulah lebih kurang.Maaf ustazah pinjam tanpa izin)

May 2008
-Kemudiam May pula mengambil tempatnya.Bulan-bulan cuti kata adik bongsu yang masih bersekolah(tingkatan 2).Tapi itulah hakikatnya.Bagi yang terlibat dalam dunia persekolahan tak kiralah pelajar mahupun guru pasti bulan ini datang disertai senyuman yang manis.Bulan untuk berehat setelah hampir 5 bulan memerah otak menyampai dan menerima ilmu.Namun bagi saya bulan ini walaupun tidak panjang cutinya(sebab bekerja dgn swasta :)) namun tetap juga rasa perlu di hargai.Ialah di bulan ini adanya hari pekerja.Hari istimewa buat semua yang memerah tenaga mengharapkan rezeki Halal dari Allah untuk merehatkan diri.Dan seperi kebiasaannya bulan ini juga(saat cuti sekolah) saya akan ditinggalkan bersendirian kerana ahli keluarga yang lain mengambil peluang untuk memanfaatkan cuti.Mak ayah dan adik-adik akan balik ke kampung.Abang yang memang jarang ada di rumah(kerja offshore) pastinya sibuk dengan tanggungjawabnya.Kakak pula memanfaatkan masa menghadiri BTN di kundasang.Memang sangat sunyi tanpa mereka di sisi tapi Allah pasti menjanjikan hikmah yang lebih baik.Saat-saat bersendirian inilah saya gunakan untuk mendekatkan diri kepadanya kerana banyak benar masa terluang.Berbicara dengan khusyuk denganNYA dan memperbanyakan muhasabah diri memperingati mati kerana mati itu akan datang menjemput tanpa kita di temani.

Jun 2008
-Bulan yang memberi erti hadirnya diri di dunia.Hari ulang tahun kelahiran di rai dengan rasa syukur yang tidak terhingga.Meningkat lagi setahun usia bererti semakin hampir diri kepada kematian.Moga Allah sentiasa menerima taubat dan mengampunkan segala dosa-dosa diri yang dhoif.Kepada semua sanak-saudara dan sahabat dan sahabiah yang meluangkan sedikit ruang masa menghantar ucapan selamat terima kasih banyak-banya.Semoga Allah membalas jasa baik kalian.Bualn ini juga satu lagi majlis ilmu anjuran JAWI di buka.Di terjui oleh ustazah Noordianah Hj.Alwi.Alhamdulillah ramai juga yang mengambil bahagian.moga kita Istiqamah semuanya dan ilmu kita menjadi bekalan yang bermakna dunia & akhirat.amin...Bulan ini juga rentetan peristiwa sedih turut di lalui.Bukan mudah melihat air mata bonda dan ayahnda yang menitis akibat perbuatan orang lain tapi sebagai hamba yang kerdil disisiNYA tidak ada yang mampu di lakukan selain menyerahkan segalanya pada ketentuan Allah.Kerana setiap kejadian itu pastinya dijanjikan hikmah.

Julai-Ogos 2008
-Dua bulan ini juga tidak banyak yang mahu dicoretkan.Cuma lafaz alhamdulillah yang tidak henti atas kurniaan jalan penyelesaian yang di kurniakan Allah setelah melalui banyak rintangan dalam kehidupan.Ya hikmah Allah terlalu bermakna.Memasuki rumah baru di saat menanti kehadiran Ramadhan yang bakal kunjung tiba benar-benar memerah tenaga kerana terpaksa bertungkus lumus mengemas sana dan sini.Terima kasih ya Allah kurniaanmu ini cukup bermakna bagiku kerananyalah air mata insan-insan kesayanaganku terhapus.Tidak lupa coretan perjalanan usrah juga mahu di muatkan sedikit.Usrah yang banyak membina rohani dan jasmani untuk terus kuat menghadapi semua liku-liku kehidupan.Tarbiah itu indah.Terima kasih sahabat-sahabat yang terus meemberi ruang untuk diri ini diberi pengisian.Doakan perjalanan kita menuju redha Ilahi.Rejab yang menyingkap sejarah israk mikraj merestui langkah kaki menghadirkan diri ke forum perdana sempena memperingati peristiwa tersebut.Kupasan yang sangat hebat dari dua panel berpengetahuan benar-benar meninggalkan kesan pada diri.Terima kasih ayahda dan bonda kerana turut hadir menemani anaknda.

September 2008
-Ramadhan yang dirindui tiba jua.Bulan yang amat dirindui oleh semua muslimin dan muslimat.Ramadhan yang indah, ramadhan yang membawa seribu pengertian moga menjadi ramadhan yang istimewa buat diri.

Oktober 2008
-Alhamdulillah setelah sebulan ramadhan di lalui akhirnya hari kemenangan umat Islam seluruh dunia di rai bersama.Takbir bergema memecah suasana melaugkan rasa kebesaran Pencipta yang Agong.Suasana kunjung mengunjung yang mengeratkan silaturrahim sesama Islam dan bukan Islam.Walaup sedikit ada pahitnya namun biarlah ianya hanya di telan agar tidak ada pihak yang bakal terasa hati.Mungkin juga ada baiknya tidak diluahkan kerana sebagai manusia kita tidak mungkin mampu membahagiakan semua orang yang kita sayangi tapi kita hanya mampu membahagiakan insan-insan yang memahami dirinya di sayangi.Buat ayahnda dan bonda tercinta maafkan segala dosa anaknda yang kekurangan ini.Mengertilah tidak ada harta berharga yanga mampu anaknda berikan melainkan rasa kasih yang tidak akan putus buat kalian berdua.

Setakat ini dulu coretan perjalanan 2008 yang mampu untuk di lakar kerana dua bulan berikutnya belum diketahui apa yang bakal dihadapi.Cuma doa pada yang berHAK agar segalanya berajalan dengan baik.Andai masih diberi peluang untuk menghabiskan 2008 ini moga segalanya berjalan dalam rahmat dan redha Allah SWT.Andai sekiranya nafas terhenti disini maafkan segala salah dan silap diri ini kerana sesungguhnya kematian itu datang tanpa dipinta.

Salam sayang semanis perjuangan dan sesuci Agama Allah serta maaf juga dipinta diatas keterlewatan catatan ini untuk dihidangkan akibat kekangan masa yang tidak menantu.Buat semua pengunjung blog ini terima kasih kerana terus membaca coretan hamba dhoif ini.Sudi-sudilah memberi tunjuk ajar moga kekurangan mampu di junamkan cartanya.

No comments: