Salam sesuci embun pagi.Bersyukur atas kesempatan yang masih di beri oleh Allah SWT untuk terus bernafas di hari yang menjadi penghulu segala hari."Salam Jumaat" hari penantian yang mungkin menghancurkan dunia.Perkataan itu saya tuturkan pada diri di awal terbitnya matahari menyinari bumi.Kiamat itu akan berlaku pada hari jumaat.Jangan sesekali kita lupa pada hakikat itu.Kerana ke alpaan kita pada takdir qada dan qadar Allah itu mungkin mengheret sedikit demi sedikit untuk jauh daripada iman.
Tiada apa yang penting sebenarnya yang mahu di coretkan disini cuma hanya jari ini yang rajin mahu menaip sesuatu.Mana tahu kerajinan itu yang akan membawa kita mentelaah otak untuk melakar isi yang bernas kerana hakikatnya kita selalu punya idea tapi pengolahan ayat selalu saja terbantut dek kerana kebekuan otak untuk bekerja.Melihat pada perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini di tempat kerja membuatkan hati tidak henti beristigfar."Ya, Allah jauhkan aku daripada menjadi hamba yang lupa padaMU." Alhamdulillah kesedaran itu cepat datang memuhasabah diri yang kerdil lagi dhoif.Mungkin itu adalah bukti hidayah Allah masih ada.Moga diri ini istiqamah memeliharanya
"Kakak tak nak sign agreement tu bukan apa.Dah ramai yang kakak tengok di perbodohkan oleh dorang"
Tersentak saya jadinya.Perkataan bodoh itu yang terlontar buat diri dari seorang sahabat yang pernah di bela dan di kasihani.Walaupun tidak terang-terangan dia melontarkan khas buat saya tapi saya adalah sebahagian daripada golongan itu.Kalau ikutkan hati memang api kemarahan itu rasa ingin tersembur.Tapi diri cepat tenang dengan istigfar.Biarlah saya di ketogerikan sedemikian tapi saya masih berpegang kuat pada prinsip saya bahawa "Kerja Adalah Amanah Dari Allah".Lagipun pada saya selama ini saya tidak rasa diperbodohkan.Apa yang saya buat semuanya untuk kebaikan syarikat dan bos tapi memberi faedah pengalaman dan ilmu buat saya.
Memang benar orang yang mahu bekerja dan orang yang nak duit semata nyata berbeza.Lebih-lebih lagi bekerja dan membelakangkan syariat.Di mana berkatnya rezeki yang di cari andai syariat di tinggalkan.Lebih malang apa bila ada yang mengatakan
"saya bekerja sebab hidup sekarang kalau tak ada duit susah."
Tapi kenapa ayat itu tidak di tukar kepada
"hidup sekarang susah kalau tak beramal.Dunia banyak cabaran takut mati nanti masuk neraka."
Kan itu lebih elok didengar malah mendatangkan keinsafan dan kesedaran fitrah pada diri.Kerja itu juga satu amal kepadaNYA.Tapi berapa ramai yang sedar hakikat itu.Tak kiralah apa pangkat kita tapi ingatlah semakin tinggi kita di letakkan semakin banyak peluang pahala yang Allah beri pada kita.Tapi pernahkah kita sedar semuanya? Memang agak kurang kita sedari.Apa yang selalu kita rasa ialah bangga diri berada di atas tapi mengeluh berat apabila kerja terlalu membebankan.Ujian di rasakan satu bebanan tapi keseronokan di rasakan satu kegembiraan yang tak berpenghujung.
Manusia, itulah manusia pelbagai ragamnya.Bila bicara soal ilmu dunia lantang suara.Dialah yang tahu segalanya.Kerana dia punya degree, punya master, punya PHD.Tapi Sejauh mana semua itu menjamin kita ke syurga Allah? Tidak ada yang tahu.Bial berbicara soal agama, ada forum di sini, ada forum disana jangan pergi nanti terlibat dalam ajaran sesat.Subahanallah.Cepat betul manusia mentafsir sebelum melalui.Seolah-olah dia tahu segalanya sedangkan dia lupa pengetahuannya terbatas atas kehendakNYA. Yang lebih malang lagi, "islam kata itu haram jangan buat banyak lagi yang halal" Balasannya apa? Kau apa tahu.Kau tak mahu duit.Kau ingat tak ada duit kau boleh hidup.MasyaAllah.Jauh sungguh perjalanan manusia terpimpin oleh nafsu dan syaitan laknatullah berbanding iman.
Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).(Ali-Imran 3:4)
Tak apalah wahai manusia, di dunia mungkin kau senang dengan semua sehingga kau lupa asal ususlmu.Kau lupa pada janjimu di saat kau di lepaskan ke dunia.Tapi ingat DIA tidak pernah memungkiri janjinya."In'naka la tuflihul mia'at"
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment