Friday, August 8, 2008

Zainab Al-Ghazali

Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hassan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama’ lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan pejuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union) yang diasaskn ole Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan Islam.
Pada permulaannya penubuha Ikhwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as-syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama. Namun setelah ikhwan di haramkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berba’iah kepada As-Syahid Hasan Al-Banna untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya As-Syahid Hasan Al-Banna telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-Hari Di Dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al-Banna di mana dig anti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.
Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata:
"Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan.Islam memberkan semuanya kebebasan, hak ekonnomi, politik, social, hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat kristian, yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita.Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka."
Zainab Al – Ghazali menyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Di dalam buku’ Hari-Hari Dalam Hidupku – Ayyam mi hayati, diceritakan bagaimana suami beliau yang kedua membenar dan menyokong perjuangan beliau walaupun berasa bimbang. Beliau menekankan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami, keluarga dan anak-anak walaupun beliau merupakan sayap kanan kepada perjuangan Ikhwan. Beliau amat kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong oleh mereka pada mulanya namun dikhianati oleh Jamal Abdul Naseer. Belaiu menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naseer adalah musuh kepada Islam. Setelah begitu ramai pemimpin dan penyokong Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati, beliau mendahului pergerakan menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh.
Pada tahun 1960 beliau di penjarakan oleh rejim Jamal Abdul Naseer dan diseksa di dalam penjara di antaranya ialah beliau direndam di dalam air kotor hingga paras dada, dirotan bertubi-tubi, dilepaskan anjing-anjing liar kedalam penjara beliau, diletakkan bara api di bawah kakinya dan hamper-hampir di rogol oleh pengawai penjara namun dengan kehedak Allah lelaki yang ingin merogolnya mati setelah digigit beliau. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung secara rahsia dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima penulisan beliau tentang perjuangan Islam, tafsir dan hadis. Beliau juga menerima buku Sayyid Qutb yang berjudul Ma’lim Fit-Tariq - Patunjuk Sepanjang Jalan ketika di dalam penjara.
Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan gerak kerja secara rahsia mereka, Ikhwan diserbu pada tahun 1965, Ikhwan dan Akhawat semuanya di tangkap dan di penjarakan. Pada masa ini jemaah wanita Ikhwan dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama yang lainnya pada tahun 1966, dan pada tahun 1971 belaiu dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Naseer dan digantikan oleh Anwar Sadat. Dan beliau terus sahaja meneruskan perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyah di bumi Mesir.
Zainab Al – Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 3 Ogos 2005, ketika berumur 88 tahun. Beliau menghabiskan umurnya dengan memperjuangkan agama Allah dan menjadi idola dakwah kepada pejuanga-pejuang muslimin dan muslimat kini. Beliau juga menjadi bukti bahawa Islam membina pejuang-pejuang wanita di jalanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau. Amin.

No comments: